Friday 3 May 2013

PRU13 bagi kesan yang besar dalam perhubungan kami!

Cerita  "Dating Pertama kami Part 1" terpaksa aku tunda sementara. Sebab dalam hati ini tengah dilanda kemarau kasih sayang. MrNAzrul ditugaskan untuk menjaga DUN Alor Gajah. So, bermula tarikh pilihanraya di umukan dia telah di tempatkan ke balai polis A.gajah dan dalam masa yang sama masih perlu ke IPK melaka. Bukan itu yang menjadi masalah sebenarnya. Tapi waktu kerjanya sudah tidak menentu. Makan pun tidak menentu. Tidur pun tidak menentu Sampaikan aku pun sudah dia abaikan. Bayangkan, semenjak awal April sehingga awal Mei aku sedikit diabaikan.
               Awal-awal MrNAzrul still mesej dan call aku setiap hari dan boleh dikatakan masih kerap. Tetapi dah masuk pertengahan bulan April boleh dikatakan 1 mesej sehari sahaja. Akhirnya 27 April 2013 adalah tarikh last dia sempat mesej aku..hari ini adalah 4 Mei 2013 bermakna sudah masuk 7 HARI tiada perkhabaran berita daripada si dia.  Macam tidak logik aje..sepanjang tempoh pilihanraya ini, sudah banyak kali kami bergaduh. Hanya disebabkan oleh kerana dia langsung tidak mempedulikan aku dan hanya fokus pada kerjanya.
                 Aku diminta memahami kesibukannya dan ini merupakan pengalaman pertama dia menghadapi pilihanraya semenjak dia bergelar polis. Tetapi dia langsung tidak mahu memahami aku yang hanya mahukan sedikit perhatian daripada dia. Tidak banyak HANYA SEDIKIT sahaja. Yang paling menyakitkan hati adalah "dia langsung tidak mesej or call aku, tetapi still boleh komen-komen or like picture orang lain di Facebook". Hurmm..perang dingin telah dilancarkan 2 kali semenjak kempen pilihanraya ini. Disebabkan itu, hubungan pun sudah menjadi renggang. Aku sudah tidak mengenali dia dan dia sudah tidak mempedulikan aku. Sehingga hari ini, aku kuatkan diri aku dengan berpegang pada janji dia yang ditaburkan pada aku iaitu "Dia tidak akan sekali sekali melupakan aku" dan meminta aku bersabaar sehingga pilihanraya. Esok adalah hari untuk mengundi, maka aku amat berharap supaya MrNazrul yang asal kembali kepada aku.
               Tetapi bagi aku, perbuatan MrNAzrul kali ini amat tidak adil terhadap aku. Mesej-mesej yang aku hantar langsung tiada balasan darinya. Juga tiada panggilan telefon darinya sedangkan dia tahu aku tidak dapat lelapkan mata tanpa mendengar suaranya. Ya Allah, begitu kuat kau menguji kesabaran ku. Di ingatan aku masih terngiang ngiang janji dia yang akan cuba untuk mencuri masa untuk meluangkan masa nya bersama aku.
           Post selepas ini akan diceritakan kesudahan hubungan kami. Adakah akan diteruskan atau aku akan mengundur diri. Walaupun hati ini sangat-sangat sedih, tetapi aku redha sekiranya dia bukan jodoh aku. Love you sweetheart  ;(











No comments:

Post a Comment