Wednesday 15 May 2013

Pulau Kapas aku datang.....!

Esok merupakan hari yang cukup bermakna pada aku. Sebab dapat bercuti ke Pulau Kapas bersama adik dan kawan-kawan kami. Percutian ini dapat juga memberikan aku ketenangan setelah menempuh perpisahan yang amat memeritkan ini. Mungkin selepas balik bercuti nanti, blog ini akan di tukar nama atau pun sebaliknya.....Percutian ke sana akan di update hari ahad. Selamat bercuti MissNora...;(

Monday 13 May 2013

Sibukkan diri untuk elakkan kesedihan..

Alhamdulilllah...semakin hari aku sudah mampu untuk melupakan dia walaupun belum 100%. Masih ada ruang dihati ini yang mengenang kisah manis kami berdua. Aku menyibukkan diri untuk mengelakkan daripada asyik melayan perasaan. Dan bagi mengelakkan aku teringatkan dia, aku akan cuba sentiasa bersama kawan atau sesiapa sahaja. Siang dan malam aku harus terisi sebaik mungkin bagi mengelakkan aku mengalah dengan perasaan. InsyaAllah aku mampu meneruskan hidup tanpa bayangan dia lagi.


Saturday 11 May 2013

Akhirnya aku temui jawapan (09/05/13)

Tarikh keramat ini menjadi pemusnah angan-angan yang aku bina bersama dia.  Ku fikirkan blog ini akan menjadi dairi cinta aku dan dia sehingga ke akhir hayat. Rupa-rupanya cinta kami terputus di tarikh keramat ini. Alasan yang diberikan membuatkan aku sedikit kecewa dan tidak dapat diterima. Katanya dia sudah ambil keputusan dan berfikir dalam dalam bahawa kami harus putus sebelum melangkah lebih jauh kerana aku terlalu baik dan dia terlalu jahat. Sudah puas aku meminta dia menyatakan di mana salaku yang membuatkan dia ingin meninggalkan aku. Tetapi katanya, dia terlalu sayangkan aku dan tidak mahu aku menyesal kemudian hari dan bersedih dengan perangainya. Buntu aku seketika ketika dia melafazkan yang aku dan dia sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Walau aku merayu untuk peluang ke dua, kerana terlalu sayangkan dia, tetapi dia nekad untuk terus memutuskan hubungan kami. Dimana janji-janji dia yang tidak akan meninggalkan aku walau apa pun yang berlaku dan katanya, dialah lelaki yang paling teruk di dunia jika dia meninggalkan aku. Air mata aku mengalir setiap kali mengingatkan janji-janji dia padaku. Tetapi betul lah cakap orang, janji mudah terpedaya dengan janji-janji manis lelaki yang dibuat ketika meraka gembira. Ya Allah aku redha dengan ujian ini. Pengalaman ini akan mendewasakan aku dan mengajar aku supaya menjadi lebih berhati-hati di masa hadapan. Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Aku percaya semua ini ada hikmahnya. Terima kasih kepada mak yang sentiasa memberikan sokongan ketika aku mnegalami masalah. Kakak-kakakku juga memberikan sokongan kepada aku......=(

Thursday 9 May 2013

Perihal Cinta aku dilanda Masalah ;(

Puas sudah aku mengalir kan air mata...Puas sudah aku paksa diriku untuk gagahkan diri..puas sudah aku memujuk hati aku supaya pasrah. Hanya Allah menjadi tempatku mengadu. Semalam, 8 Mei 2013, pukul 7.oo a.m aku menelefon MrNazrul. Untuk meminta maaf atas segala kesalahan aku terhadap dia. Daripada suara dia dapat aku rasakan perubahan yang terjadi pada diri dia. Dia sudah tidak semesra dulu dan tidak memujuk aku yang mengangis meminta maaf. Dia hanya menyatakan sikap aku seperti budak-budak yang menangis tidak bersebab. Selain itu dia juga mengatakan bahawa aku tidak salah dan meminta aku melupakan perkara yang sudah lepas. Tetapi itu tidak dapat meredakan perasaan sedih aku walaupun dia meminta aku berhenti menangis. DIA SUDAH TIDAK PEDULIKAN AKU. Apa yang aku faham daripada percakapannya semalam, dia mahu rehat selama sebulan/setahun daripada aku..maksudnya faham-faham sendiri. Walaupun dia mengata hanya bergurau tetapi aku faham. Maka mulai malam tadi sehingga hari ini aku mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan tidak mengganggu dia. Dia juga ada meminta aku supaya jangan terlalu memaksa dia. Aku tidak faham! MrNazrul yang ku kenal 4 bulan lepas sudah hilang. Aku kehilangan sumber kekuatan. Sudah masuk 4 hari aku tiada selera makan, berseronok atau bekerja. Memang aku akui, hidup aku masih seperti biasa tetapi itu semua hanya wayang di hadapan rakan-rakan sekerja aku. Biarlah aku pendam kesedihan ini seorang diri tanpa mengherat orang disekeliling aku. Walaupun ada yang perasan perubahan aku, tetapi aku masih boleh berdalih. Tapi sampai bile??? Semoga perhubungan kami masih dapat diperbaiki, itulah yang aku harapkan.AMIN...

Monday 6 May 2013

6 Mei 2013

5.5.2013 merupakan tarikh PRU 13..maka hari ini adalah sehari selepas PRU 13. Dan ini juga bermaksud sudah masuk 9 hari aku dan dia tidak berhubung. Betapa kerasnya hati dia terhadap aku. Kakak aku yang tinggal di Melaka balik mengundi di kampung kami. Ini lah peluang aku untuk korek rahsia kenapa MrNArul tidak menghubungiku. Rupa-rupanya dia ada mengadu mengenai masalah kami pada kakak aku sama seperti aku mengadu. Dari mesej-mesej dia pada kakak aku dapat aku rasakan yang dia memang masih ingatkan aku, just dia tidak mahu bergaduh sepanjang dia tengah sibuk dengan PRU13 ini. Yang membuatkan aku ingin tergelak dengan perangai dia adalah " akak, nora kerja ker arini?" soalan dia pada akak aku. Sedangkan dia boleh je mesej aku, tapi kenapa mesti melalui orang tengah. Hurm, hati aku terseksa menahan rindu pada dia. Adakah dia pun turut sama. My lovely abang, kalaulah abang faham apa yang sayang rasakan saat ini.......


Friday 3 May 2013

PRU13 bagi kesan yang besar dalam perhubungan kami!

Cerita  "Dating Pertama kami Part 1" terpaksa aku tunda sementara. Sebab dalam hati ini tengah dilanda kemarau kasih sayang. MrNAzrul ditugaskan untuk menjaga DUN Alor Gajah. So, bermula tarikh pilihanraya di umukan dia telah di tempatkan ke balai polis A.gajah dan dalam masa yang sama masih perlu ke IPK melaka. Bukan itu yang menjadi masalah sebenarnya. Tapi waktu kerjanya sudah tidak menentu. Makan pun tidak menentu. Tidur pun tidak menentu Sampaikan aku pun sudah dia abaikan. Bayangkan, semenjak awal April sehingga awal Mei aku sedikit diabaikan.
               Awal-awal MrNAzrul still mesej dan call aku setiap hari dan boleh dikatakan masih kerap. Tetapi dah masuk pertengahan bulan April boleh dikatakan 1 mesej sehari sahaja. Akhirnya 27 April 2013 adalah tarikh last dia sempat mesej aku..hari ini adalah 4 Mei 2013 bermakna sudah masuk 7 HARI tiada perkhabaran berita daripada si dia.  Macam tidak logik aje..sepanjang tempoh pilihanraya ini, sudah banyak kali kami bergaduh. Hanya disebabkan oleh kerana dia langsung tidak mempedulikan aku dan hanya fokus pada kerjanya.
                 Aku diminta memahami kesibukannya dan ini merupakan pengalaman pertama dia menghadapi pilihanraya semenjak dia bergelar polis. Tetapi dia langsung tidak mahu memahami aku yang hanya mahukan sedikit perhatian daripada dia. Tidak banyak HANYA SEDIKIT sahaja. Yang paling menyakitkan hati adalah "dia langsung tidak mesej or call aku, tetapi still boleh komen-komen or like picture orang lain di Facebook". Hurmm..perang dingin telah dilancarkan 2 kali semenjak kempen pilihanraya ini. Disebabkan itu, hubungan pun sudah menjadi renggang. Aku sudah tidak mengenali dia dan dia sudah tidak mempedulikan aku. Sehingga hari ini, aku kuatkan diri aku dengan berpegang pada janji dia yang ditaburkan pada aku iaitu "Dia tidak akan sekali sekali melupakan aku" dan meminta aku bersabaar sehingga pilihanraya. Esok adalah hari untuk mengundi, maka aku amat berharap supaya MrNazrul yang asal kembali kepada aku.
               Tetapi bagi aku, perbuatan MrNAzrul kali ini amat tidak adil terhadap aku. Mesej-mesej yang aku hantar langsung tiada balasan darinya. Juga tiada panggilan telefon darinya sedangkan dia tahu aku tidak dapat lelapkan mata tanpa mendengar suaranya. Ya Allah, begitu kuat kau menguji kesabaran ku. Di ingatan aku masih terngiang ngiang janji dia yang akan cuba untuk mencuri masa untuk meluangkan masa nya bersama aku.
           Post selepas ini akan diceritakan kesudahan hubungan kami. Adakah akan diteruskan atau aku akan mengundur diri. Walaupun hati ini sangat-sangat sedih, tetapi aku redha sekiranya dia bukan jodoh aku. Love you sweetheart  ;(