Thursday 9 May 2013

Perihal Cinta aku dilanda Masalah ;(

Puas sudah aku mengalir kan air mata...Puas sudah aku paksa diriku untuk gagahkan diri..puas sudah aku memujuk hati aku supaya pasrah. Hanya Allah menjadi tempatku mengadu. Semalam, 8 Mei 2013, pukul 7.oo a.m aku menelefon MrNazrul. Untuk meminta maaf atas segala kesalahan aku terhadap dia. Daripada suara dia dapat aku rasakan perubahan yang terjadi pada diri dia. Dia sudah tidak semesra dulu dan tidak memujuk aku yang mengangis meminta maaf. Dia hanya menyatakan sikap aku seperti budak-budak yang menangis tidak bersebab. Selain itu dia juga mengatakan bahawa aku tidak salah dan meminta aku melupakan perkara yang sudah lepas. Tetapi itu tidak dapat meredakan perasaan sedih aku walaupun dia meminta aku berhenti menangis. DIA SUDAH TIDAK PEDULIKAN AKU. Apa yang aku faham daripada percakapannya semalam, dia mahu rehat selama sebulan/setahun daripada aku..maksudnya faham-faham sendiri. Walaupun dia mengata hanya bergurau tetapi aku faham. Maka mulai malam tadi sehingga hari ini aku mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan tidak mengganggu dia. Dia juga ada meminta aku supaya jangan terlalu memaksa dia. Aku tidak faham! MrNazrul yang ku kenal 4 bulan lepas sudah hilang. Aku kehilangan sumber kekuatan. Sudah masuk 4 hari aku tiada selera makan, berseronok atau bekerja. Memang aku akui, hidup aku masih seperti biasa tetapi itu semua hanya wayang di hadapan rakan-rakan sekerja aku. Biarlah aku pendam kesedihan ini seorang diri tanpa mengherat orang disekeliling aku. Walaupun ada yang perasan perubahan aku, tetapi aku masih boleh berdalih. Tapi sampai bile??? Semoga perhubungan kami masih dapat diperbaiki, itulah yang aku harapkan.AMIN...

2 comments:

  1. banyak2 kan bersabar. tuhan sentiasa ada bersama org2 yg bersabar. :)

    ReplyDelete
  2. thanks akak...sy cuba jd kuat...=)

    ReplyDelete