Saturday 27 April 2013

"Dating Pertama kami Part 1"

Dating ker mak jemah?? Ini bukan dikira sebagai dating ini dipanggil blind date  sebab baru first time nak jumpa katakan. Lupa nak cerita macam mana leh kenal si buah hati pengarang jantung saya ni kan. Dimana harus ku mulain ye...Hmmm...Begini ceritanya.....

Pada pertengahan Oktober 2012 mak dan ayah aku pergi menunaikan Haji di kota Makkah. Sewaktu itu aku bekerja sebagai QA/QC Engineer dengan sebuah syarikat kontraktor di Melaka. Kat sana aku tinggal bersama kakak aku yang sememangnya tinggal di sana bersama keluarganya. Nak di jadikan cerita, tiba-tiba mak dan ayah aku dapat surat panggilan untuk menunaikan haji dalam waktu yang terdekat. Jadi kakak aku dan suaminya ambil keputusan untuk terus pulang ke kampung keesokan paginya. Aku sememangnya tidak dapat cuti memilih untuk pulang petang selepas waktu kerja dengan menaiki bas sahaja ke Terengganu. Yang menjadi masalah sekarang adalah "siapa nak hantar aku pi naik bas kol 9 malam ni??"huwaaaaa.....
Kakak aku yang bekerja di IPD melaka dengan selamba memberi cadangan nak minta tolong budak pejabatnya menghantar aku ke Melaka Central..OMG...Aku ni dengan orang yang tak dikenali memang aku pemalu sikit. So otak aku ligat berfikir fikir mencari jalan penyelesaian bagaimana harus aku mencari orang lain untuk tolong hantarkan aku ke station bus itu.
Alhamdulillah, aku akhirnya jumpa jalan keluar..dan2 je time pergi Melaka Central untuk beli tiket, aku terjumpa site engineer sub kontraktor aku di situ..Oh adakah ini dinamakan JODOH??(Ops ada juga cerita disebaliknya yang akan aku ceritakan). Akhirnya Mr.H tolong hantarkan aku ke MC malam itu...
Habis macam mana aku boleh kenal Mr.Nazrul ni?? Kalau korang nak tahu, rupa-rupanya kakak aku dah beriya-iya mintak Mr.Nazrul ini tolong hantarkan aku siap post status di akaun FB nya..Kat bawah tu aku tunjukkan status dia...hahhaha..After that day, aku dan Mr.Nazrul start main poke2 kat fb sehinggalah dia add aku. Dan dia asyik tanya aku, "kenapa awak xnak saya hantarkan haritu ye?..hahahha..Wah cerita ini sahaja dah panjang, so aku terpaksa sambung cerita dating kami di next post la nampaknya.















Wednesday 24 April 2013

Hello saya Izara Aishah.....

                                                                                                                                                                                     
 
Phewwit cun tak saya??Sory2, saya mengaku ini bukan gambar sebenar saya dan saya juga bukan Izara Aishah yang sebenar...hahahaha..motif?? Ok let me do a story telling here..cewwah gempak x =p...
I got my first massage from Mr.Nazrul!!
Mr.Nazrul: Hii Izara Aishah..sombong ye. Kite call xnak angkt.Sapelah kite ni =(
Miss.Nora: Owh awak yang call guna no private tu ye.Manelah saya taw, ingatkan siape2  yang call malam2 macam ni guna no private.
Mr.Nazrul: Sayalah, Ok saya call awak angkat ye.
Miss Nora: eh2, xpayah la call.Dah nk tido ni (malu sebenarnye)
Mr.Nazrul: tengok tu, tak sudi nak bercakap ngan saya rupenye.
Miss.Nora: yelah2..call la, saya angkat.(dalam hati dup dap dup dap)
Mr.Nazrul: Ok.Angkat taw.

Tak sampai 5 saat handphone aku pun berbunyi ring ring ring..ku angkat ku angkat ku tanya siapa...hahahah..Ape yang kami cakapkan biarlah rahsia..sebenarnya da lupa...
Okla babe, hari ini itu je yang aku nak story mory kat sini..Daaaaa....

Tuesday 23 April 2013

Salam Perkenalan "Perihal Cinta Aku dan Dia"

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara salam perkenalan daripada saya..
Saya bukanlah budak baru yang mahu belajar menjadi seorang blogger. Saya juga bukanlah artis yang ingin mengejar glamor dan saya juga bukanlah orang politik yang ingin berkempen sempena pilihanraya.Tetapi saya adalah seorang wanita yang ini berkongsi "Perihal Cinta Aku dan Dia".  Walaupun Mr.Nazrul bukanlah cinta pertama aku, tetapi InsyaAllah dia adalah cinta terakhir dalam hidup aku. Cewwah...terlebih jiwang plak...hahahhaha...Lets  me introduce myself first, namaku glemer aku Nora Danish tapi orang panggil aku Nora..just Nora..hehehhe..Blog ini aku buka untuk jadikan diari cinta aku dan dia yang ingin aku catatkan setiap hari kalau berkesempatan. Setiap hari pasti ada yang ingin aku luahkan dan kongsikan bersama...Tarikh declare memang tidak adalah, tapi aku anggap hari perkenalan kami yang pertama sebagai tarikh abadi buat aku. Tanggal 15 November 2012 bermula episod cinta kami dan kalau dihitung cinta kami baru berusia 5 bulan. Still baby rite...oklah, sampai disini dulu pembuka bicara "Perihal Cinta Aku dan Dia". With Love From Us.