Saturday 27 April 2013

"Dating Pertama kami Part 1"

Dating ker mak jemah?? Ini bukan dikira sebagai dating ini dipanggil blind date  sebab baru first time nak jumpa katakan. Lupa nak cerita macam mana leh kenal si buah hati pengarang jantung saya ni kan. Dimana harus ku mulain ye...Hmmm...Begini ceritanya.....

Pada pertengahan Oktober 2012 mak dan ayah aku pergi menunaikan Haji di kota Makkah. Sewaktu itu aku bekerja sebagai QA/QC Engineer dengan sebuah syarikat kontraktor di Melaka. Kat sana aku tinggal bersama kakak aku yang sememangnya tinggal di sana bersama keluarganya. Nak di jadikan cerita, tiba-tiba mak dan ayah aku dapat surat panggilan untuk menunaikan haji dalam waktu yang terdekat. Jadi kakak aku dan suaminya ambil keputusan untuk terus pulang ke kampung keesokan paginya. Aku sememangnya tidak dapat cuti memilih untuk pulang petang selepas waktu kerja dengan menaiki bas sahaja ke Terengganu. Yang menjadi masalah sekarang adalah "siapa nak hantar aku pi naik bas kol 9 malam ni??"huwaaaaa.....
Kakak aku yang bekerja di IPD melaka dengan selamba memberi cadangan nak minta tolong budak pejabatnya menghantar aku ke Melaka Central..OMG...Aku ni dengan orang yang tak dikenali memang aku pemalu sikit. So otak aku ligat berfikir fikir mencari jalan penyelesaian bagaimana harus aku mencari orang lain untuk tolong hantarkan aku ke station bus itu.
Alhamdulillah, aku akhirnya jumpa jalan keluar..dan2 je time pergi Melaka Central untuk beli tiket, aku terjumpa site engineer sub kontraktor aku di situ..Oh adakah ini dinamakan JODOH??(Ops ada juga cerita disebaliknya yang akan aku ceritakan). Akhirnya Mr.H tolong hantarkan aku ke MC malam itu...
Habis macam mana aku boleh kenal Mr.Nazrul ni?? Kalau korang nak tahu, rupa-rupanya kakak aku dah beriya-iya mintak Mr.Nazrul ini tolong hantarkan aku siap post status di akaun FB nya..Kat bawah tu aku tunjukkan status dia...hahhaha..After that day, aku dan Mr.Nazrul start main poke2 kat fb sehinggalah dia add aku. Dan dia asyik tanya aku, "kenapa awak xnak saya hantarkan haritu ye?..hahahha..Wah cerita ini sahaja dah panjang, so aku terpaksa sambung cerita dating kami di next post la nampaknya.















No comments:

Post a Comment