Saturday 11 May 2013

Akhirnya aku temui jawapan (09/05/13)

Tarikh keramat ini menjadi pemusnah angan-angan yang aku bina bersama dia.  Ku fikirkan blog ini akan menjadi dairi cinta aku dan dia sehingga ke akhir hayat. Rupa-rupanya cinta kami terputus di tarikh keramat ini. Alasan yang diberikan membuatkan aku sedikit kecewa dan tidak dapat diterima. Katanya dia sudah ambil keputusan dan berfikir dalam dalam bahawa kami harus putus sebelum melangkah lebih jauh kerana aku terlalu baik dan dia terlalu jahat. Sudah puas aku meminta dia menyatakan di mana salaku yang membuatkan dia ingin meninggalkan aku. Tetapi katanya, dia terlalu sayangkan aku dan tidak mahu aku menyesal kemudian hari dan bersedih dengan perangainya. Buntu aku seketika ketika dia melafazkan yang aku dan dia sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Walau aku merayu untuk peluang ke dua, kerana terlalu sayangkan dia, tetapi dia nekad untuk terus memutuskan hubungan kami. Dimana janji-janji dia yang tidak akan meninggalkan aku walau apa pun yang berlaku dan katanya, dialah lelaki yang paling teruk di dunia jika dia meninggalkan aku. Air mata aku mengalir setiap kali mengingatkan janji-janji dia padaku. Tetapi betul lah cakap orang, janji mudah terpedaya dengan janji-janji manis lelaki yang dibuat ketika meraka gembira. Ya Allah aku redha dengan ujian ini. Pengalaman ini akan mendewasakan aku dan mengajar aku supaya menjadi lebih berhati-hati di masa hadapan. Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Aku percaya semua ini ada hikmahnya. Terima kasih kepada mak yang sentiasa memberikan sokongan ketika aku mnegalami masalah. Kakak-kakakku juga memberikan sokongan kepada aku......=(

No comments:

Post a Comment