Monday 6 May 2013

6 Mei 2013

5.5.2013 merupakan tarikh PRU 13..maka hari ini adalah sehari selepas PRU 13. Dan ini juga bermaksud sudah masuk 9 hari aku dan dia tidak berhubung. Betapa kerasnya hati dia terhadap aku. Kakak aku yang tinggal di Melaka balik mengundi di kampung kami. Ini lah peluang aku untuk korek rahsia kenapa MrNArul tidak menghubungiku. Rupa-rupanya dia ada mengadu mengenai masalah kami pada kakak aku sama seperti aku mengadu. Dari mesej-mesej dia pada kakak aku dapat aku rasakan yang dia memang masih ingatkan aku, just dia tidak mahu bergaduh sepanjang dia tengah sibuk dengan PRU13 ini. Yang membuatkan aku ingin tergelak dengan perangai dia adalah " akak, nora kerja ker arini?" soalan dia pada akak aku. Sedangkan dia boleh je mesej aku, tapi kenapa mesti melalui orang tengah. Hurm, hati aku terseksa menahan rindu pada dia. Adakah dia pun turut sama. My lovely abang, kalaulah abang faham apa yang sayang rasakan saat ini.......


No comments:

Post a Comment